SUB TAJUK :
|
1. | OBJEKTIF |
Pada akhir unit ini, anda dapat:
- Mengenal latitud dan longitud.
- Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berasaskan latitud dan longitud.
- Mengenal zon waktu di atas peta dunia.
- Mentakrif waktu tempatan dan waktu piawai.
- Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan longitud.
- Mengira waktu tempatan berasaskan kedudukan longitud.
2. | MENGENAL LATITUD / GARIS LINTANG |
- Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob.
- Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.
- Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan.
- Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S.
- Garis-garis lintang yang utama ialah:
- GarisanKhatulistiwa ( 0° )
- Garisan Sartan ( 23½°U )
- Garisan Artik ( 66½°U )
- Garisan Jadi ( 23½°S )
- Garisan Antartik ( 66½°S )
- Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.
3. | MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN |
- Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan.
- Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan.
- Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.
- Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0°.
- Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis longitud.
- Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B.
- Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama.
- Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).
4. | MENYATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT BERASASKAN LATITUD DAN LONGITUD |
- Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
- Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud.
- Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ’ )
- Contoh: Rujuk peta di bawah
|
|
5. | MENGIRA WAKTU TEMPATAN |
- Garis longitud digunakan untuk mengira waktu.
- Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ).
- Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
- Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.
Contoh Mengira Waktu Tempatan
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di:
- Bombay ( 73°T )
- Buenos Aires ( 58°B)
1. Waktu di Bombay ( 73°T )
Langkah-langkah
· Cari perbezaan garis longitud = 73°- 0° = 73°
· Cari perbezaan masa = 73 ÷15 = 4 jam 52 minit
· Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
2. Waktu di Buenos Aires ( 58°B )
Langkah-langkah
· Cari perbezaan garis longitud = 58° - 0° = 58°
· Cari perbezaan masa = 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
· Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam
6. | WAKTU PIAWAI |
- Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil.
- Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai.
- Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur.
- Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15° garis longitud.
- Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.
- Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
- Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan tengah malam.
- Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
- Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
- Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari.
- Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.
7. | RUMUSAN |
No comments:
Post a Comment