Sunday, 5 February 2012

Latihan Kemahiran-Kedudukan T2







1.
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri - ciri latitud?
A Garisan-garisan pendek
B Diberi nilai 1° hingga 90°
C Garisan-garisan sama panjang
D Latitud bagi Garisan Jadi ialah 23 ½°U

2.
Kedudukan longitud bagi Malaysia ialah antara
A 75°T – 90°T
B 1 01°T – 120°T
C 11 4°T – 132°T
D 1 21°T – 130°T

3..
Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) melintasi
A Lautan Hindi                     C Lautan Artik
B Lautan Atlantik                 D Lautan Pasifi k

4.
Unit yang digunakan untuk menentukan kedudukan latitud dan longitud ialah
A celsius              C darjah
B metrik               D nautika

Tema 7:Taburan pelbagai sumber


Malaysia mempunyai pelbagai sumber mineral,seperti petroleum,gas,bijih timah,kuprum, emas dan lain-lain lagi.K

JENIS GALIAN                LOKASI

Petroleum                      Luar Pantai Sarawak
Gas asli                          Luar Pantai Sabah
Koalin                            Bidor,Tapah
Emas                             Raub
Batu kapur                     Perak,Sabah
Bijih timah                     Lembah Kinta
Arang batu                     Kapit
Kuprum                         Bukit Jebong-Biwak


JENIS GALIAN                KEGUNAAN

Petroleum                      bahan petrol
Gas asli                          bahan baker
Koalin                            tembikar
Emas                             barang kemas
Batu kapur                     simen
Bijih Timah                     sadur tin
Arang batu                     kapit,Sarawak

Latihan Tema 7


Unit 6 : Sumber-sumber Utama

1.
sumber wujud secara semulajadi
Maklumat di atas merujuk kepada
A sumber alam
B sumber modal
C sumber budaya
D sumber manusia

2.
Antara berikut, yang manakah merupakan sumber air di Malaysia?
I   Sungai
II  Air bawah tanah
III Air laut
IV Salji
A I dan II                  C II dan IV
B I dan III                 D III dan IV

3.
Antara berikut, sumber yang manakah tidak boleh digantikan semula?
A Suria                    C Ombak
B Angin                   D Arang batu

4.
Mengapakah Malaysia berpotensi untuk memajukan tenaga suria?
I Kos yang murah
II Mempunyai teknologi yang tinggi
III Menerima pancaran matahari kira-kira enam
       jam sehari
IV Terletak berhampiran dengan Garisan
      Khatulistiwa
A I dan II     C III dan IV
B II dan III   D I dan IV

5.
Apakah kegunaan utama kayu bakau?
I Kayu api
II Bahan binaan
III Industri arang kayu
IV Industri pembinaan
A I, II dan III   C I, III dan IV
B I, II dan IV   D II, III dan IV






Saturday, 4 February 2012

Tema 7: Sumber-sumber


UNIT 6
SUMBER-SUMBER UTAMA

SUB TAJUK:

6.1 : Objektif
6.2 : Sumber-sumber Utama
6.3 : Jenis-jenis Sumber Utama
6.4 : Rumusan


6.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

  • Mentakrifkan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.
  • Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama, iaitu sumber mineral, hutan, air, tanih dan suria.
  • Mengelaskan jenis-jenis sumber utama kepada sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui


6.2
SUMBER-SUMBER UTAMA

  • Tiga jenis sumber :
    1. Sumber semulajadi
    2. Sumber manusia
    3. Sumber budaya

  • Sumber semulajadi terdiri sumber hutan, tanih, air, matahari, haiwan dan mineral.
  • Sumber semulajadi dapat di bahagikan kepada dua jenis iaitu:

    Sumber Boleh Diperbaharui
    (Sumber yang bekalannya boleh diganti)
    Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
    (Sumber yang habis apabila digunakan)
    • Sumber Hutan
    • Sumber Tanih
    • Sumber air
    • Cahaya Matahari
    • Angin
    • Udara
    • Haiwan

    Bahan Api
    • Petroleum
    • Gas asli
    • Arang batu
    Mineral
    • Bijih Timah
    • Besi
    • Emas
    • Kuprum
     
    6.3
    JENIS-JENIS SUMBER UTAMA
    Sumber utama boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
    Sumber Utama
    Keterangan
    1. Sumber Hutan
    • Tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar
    • Sumber yang boleh diperbaharui.
    2. Sumber Air
    • Diperolehi dari paya, sungai dan tasik.
    • Sumber yang boleh diperbaharui.
    3. Sumber Tanih
    • Lapisan atas permukaan bumi.
    • Sumber yang boleh diperbaharui.
    4. Sumber Suria
    • Diperolehi dari cahaya matahari
    • Sumber yang boleh diperbaharui.
    5. Sumber Mineral
    • Bahan galian yang dikeluarkan dari kerak bumi
    • Sumber yang tidak boleh diperbaharui.